"Don't worry if you can’t do great things.. just do small things in a great way"

Kepulauan Natuna: Bergeografikan Malaysia Berdaulatkan Indonesia


KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.

Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.

Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?

Menurut Pendapat Lyd Singgam ( orang malaysia ) yang berkomentar di website http://www.mstar.com.my/

Semua infonya, sedikit sebanyak mencerahkan gundah-gulana dan perasaan terkilan saya kerana peristiwa sejarah yang berlaku telah menceritakan bahawa mutiara di ujung utara ini bukan sebahagian dari Malaysia. Ini satu fakta pahit yang harus di terima. 

Natuna bukan satu-satunya. Ada beberapa lagi kepulauan lain yang terlepas. 

Selain Gugusan kepulauan Natuna, kepulauan Anambas jauh lebih dekat lagi dengan Malaysia, jaraknya hanya 200km dari Tioman, dan Pulau Tambelan, tak jauh dari Pontianak, Kalimantan Barat, yang seharusnya menjadi sebahagian dari negara kita turut terlepas.

Memang diakui, Semua pulau ini menerima pengaruh Melayu sejak sekian lama, sejarahnya bermula bila kumpulan Orang Laut menjadikan pulau ini sebagai tempat perlindungan sebelum mereka berkahwin campur dengan kumpulan Melayu yang datang dari Johor (dan Riau), Brunei, Champa, Patani dan Terengganu. 

Sejarah lepasnya semua wilayah ini dari tangan Malaysia bermula sejak zaman Empayar Kesultanan Johor lagi bila Maharaja Johor terakhir, Sultan Mahmud Syah III memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Kota Tinggi ke Bintan dan seterusnya ke Lingga (semuanya di Indonesia). 

Serentak dengan itu, pentadbiran kerajaan dipecahkan ke empat buah unit yang lebih kecil dan ditadbir melalui beberapa pembesar lain. Unit-unit itu ialah (1) Pahang, dibawah kuasa bendahara. (2) Tanah besar Johor dan Singapura, dibawah kuasa temenggung, (3) Riau dibawah kuasa Yam Tuan Muda dan (4) Lingga sebagai pusat pemerintahan diperintah langsung oleh Sultan. 

Anambas, Natuna, dan Tambelan diletakkan dibawah kuasa Yam Tuan Muda, sekaligus menjadi sebahagian dari Riau. Riau bermaksud Kepulauan Riau, yang merangkumi Pulau Batam, Bintan dan Karimun, bukan Riau di daratan Sumatra yang ketika itu dibawah kesultanan Siak. 

Walaupun perjanjian Inggeris-Belanda 1824 menyebut pengaruh Belanda hanya bermula dari Selat Singapura ke Selatan, kedudukan Natuna dan Anambas yang berada di utara kekal tidak dituntut oleh Bendahara Pahang dan Temenggung Johor. Ini dapat difahami kerana, kuasa mereka sebagaimana tertaluk dibawah Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang, tidak merangkumi pulau-pulau itu.

Malah, kedudukan Temenggung Johor sebagai penguasa Johor ketika itu sendiri masih samar ekoran perjanjian Inggeris-Belanda telah menyebut, Sultan Hussain bakal diangkat menjadi Sultan di Johor sebagai hadiah kepada baginda kerana sudi serahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Walhal pada masa yang sama, Belanda juga tidak mahu bertapak di pulau-pulau ini kerana akur pada perjanjian yang sudah mengikat mereka bahawa pergerakkannya hanya boleh dilakukan di sebelah selatan. 

Hanya Yam Tuan Muda di Riau saja yang kekal menganggap dua wilayah kepulauan itu masih kekal dibawah kuasanya walaupun dibayangi Belanda yang kekal teguh pada perjanjian. Situasi Natuna dan Anambas kekal kabur walau selepas sistem kesultanan di Riau dan Lingga dibubar Belanda. Indonesia yang menguasai wilayah jajahan belanda akhirnya tak tunggu lama, lalu menakluk dua kepulauan ini bila sedar kedua-duanya pernah diperintah oleh Riau.

Begitulah sejarahnya.


Sumber: http://www.mstar.com.my/
               Lyd Singgam

Baca Juga:

Admin : Ghani Hendrika ~ Natuna In My Soul

Ghani Hendrika Sobat sedang membaca artikel tentang Kepulauan Natuna: Bergeografikan Malaysia Berdaulatkan Indonesia. Oleh Admin, Sobat diperbolehkan menyebar-luaskan artikel ini, Namun jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya. Saya tunggu ucapan terimakasihnya di komentar :))
Title : Kepulauan Natuna: Bergeografikan Malaysia Berdaulatkan Indonesia
Description : KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan...

0 Response to "Kepulauan Natuna: Bergeografikan Malaysia Berdaulatkan Indonesia"

Posting Komentar